Kehadapan Razin..

Peluk cium papa mengiringi jemari papa menaip ni.
Berkali papa cuba untuk kembali dan khabarkan kepada Razin setiap apa yang berlaku dalam kehidupan papa dan mama tanpa Razin.
Tapi...

Alhamdulillah kami laluinya dengan penuh takzim dengan pengertian suatu hari nanti kami akan menyusul Razin.

Blog ni papa buat dulu adalah untuk catatan mengenai Razin.
Papa tahu yang ianya tak sempurna.
Takkan sepertinya orang lain menaip.
Akan ada banyak cacat cela pilihan ayat papa.
Tapi papa tak kisah semua tu.
Supaya papa tak lupa perjalanan tu jodoh kita disini.
Alhamdulillah disini jua papa temui senyuman, rendah hati, keredhaan dan ikhlas hubungan antara kita.
Yang mana tentulah ianya lebih banyak berkenaan impian dan harapan papa terhadap Razin.

Syukur Alhamdulillah papa sengaja biarkan laptop ni 'on'.
Sebab papa tau lambat atau cepat papa akan nukilkan juga rindu papa..serta nukilkan isi hati ini buat Razin.
Tapi maafkan papa kerana tak boleh nak 'feeling' sangat nanti 3 hari 3 malam papa diam.

Setelah pemergian Razin, hari-hari untuk sehingga ke hari ini hanya sekadar hari yang berlalu..sedang dan akan datang.
Lompongan.
Kosong.
Tapi masih terisi impian dan harapan baik dari papa, mahupun mama.
Tetap sama.
Tetap serupa.

Waktu papa mengarang nukilan ini, mama akan masuk minggu ke-37 mengandungkan adik Razin.
Namanya sudah tersedia untuk sambut dia lahir untuk bersama papa dan mama, serta puak-rabak, sedara-mara dan suku-sakat kita yang besar tu.
In Shaa Allah moga segala dan semuanya dipermudah buat mama dan adik Razin, Raeleen Sophia Insyirah.
Moga tahap kesihatan kedua mereka ditahap sebaiknya.

Suatu ketika dulu saat mama maklumkan kepada papa berkenaan kehamilan ini, papa tak terkejut.
Kerana papa selami tanda-tanda tu.
Teruja? Tentu!
Kerana hanya dengan ujian baru akan dapat kepastian sama ada Razin akan peroleh adik atau tidak.
Alhamdulillah.

Namun,
Berkali papa ingatkan mama..
Supaya apa yang menimpa Razin tidak berlaku kepada Sophia.
Baik soal fizikal, mental dan apa jua yang boleh menyumbang kepada kesan dan akibat yang menimpa Razin.
Papa tahu, bilamana papa nyatakan sedemikian..soal redha papa akan dipertikai..namun Allah sahaja yang mengetahui dan memahami maksud papa dengan ingatan tu kepada mama.

Adik Sophia dijangkakan lahir pada akhir bulan ni, antara 20-31 Mei.
Menyambut Ramadhan.
Mohon Allah permudahkan segala urusan papa dan mama.
Walaupun papa tahu persediaan kami yang minimum ini tak mungkin mencukupi, papa ikhtiarkan lagi.
Kerana saat dan ketika ini soal kesihatan kedua mama dan adik Sophia lebih penting berbanding apa yang lainnya.

Yang pasti, papa akan catat perkembangan tu nanti melalui post yang ni kemudian hari.
Sama seperti papa karangkan perjalanan tu terhadap Razin.
Pastinya blog ni akan menjadi lintang pukang dan hari biru susun atur ayat papa.
Papa tak kisah.
Yang penting papa tahu, ianya milik papa dan Razin tunggu kami disana.

Sayang..
Walaupun tak berkesempatan untuk mendidik, membimbing dan mengajar Razin sepertinya harapan dan impian papa untuk Razin..papa akan curahkan segala dan semuanya kepada adik Razin, Sophia.
Dan adik-adik Razin selepas dia.
In Shaa Allah.
'Old Soul' - itu harapan papa terhadap Sophia.

Disini papa berhenti.
Peluk cium dari papa dan mama.

Comments

Popular posts from this blog