Posts

Kehadapan Razin.. Peluk cium papa mengiringi jemari papa menaip ni. Berkali papa cuba untuk kembali dan khabarkan kepada Razin setiap apa yang berlaku dalam kehidupan papa dan mama tanpa Razin. Tapi... Alhamdulillah kami laluinya dengan penuh takzim dengan pengertian suatu hari nanti kami akan menyusul Razin. Blog ni papa buat dulu adalah untuk catatan mengenai Razin. Papa tahu yang ianya tak sempurna. Takkan sepertinya orang lain menaip. Akan ada banyak cacat cela pilihan ayat papa. Tapi papa tak kisah semua tu. Supaya papa tak lupa perjalanan tu jodoh kita disini. Alhamdulillah disini jua papa temui senyuman, rendah hati, keredhaan dan ikhlas hubungan antara kita. Yang mana tentulah ianya lebih banyak berkenaan impian dan harapan papa terhadap Razin. Syukur Alhamdulillah papa sengaja biarkan laptop ni 'on'. Sebab papa tau lambat atau cepat papa akan nukilkan juga rindu papa..serta nukilkan isi hati ini buat Razin. Tapi maafkan papa kerana tak boleh nak ...
Image
Catatan papa pada awal kelahiran Razin.. Tanggal 1 Januari 2013 Masihi bersamaan 18 Safar 1434 Hijrah jam 12.35 Tengahari lahirlah Muhamad Razin Nizar, menjadikan saya seorang ayah.  Dengan berat hanya 1.15kg, sekarang masih dalam unit pengawasan kritikal neonatal.  Mohon doanya dari kalian.  Terima kasih. Dari taklimat yang diberikan doktor yang bertugas, Baby Razin terpaksa dikeluarkan kerana placenta berhenti berfungsi pada minggu kehamilan yang ke-32. Darahnya sedikit likat menjadikan fungsi kerja untuk organ-organ sedikit berat. Mereka mengawasi pemberian oksigen dengan lebih teliti kerana lebihan oksigen boleh membuatkan bayi mengalami kerosakan tisu dan juga organ.  Saat kali pertama menatap, menyentuh dan membelai bayi pramatang ini..terdetik dihati tentang signature seorang teman di CG ni. Maha benar pohonlah diteguhkan, dikukuhkan dan diutuhkan iman..usah berdoa dikecil ujian dan dugaan. Ini kerana saya FAHAM. *Syukur kepadamu Ya Allah. Sabar...